Semakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) B40

Khas untuk rakyat di negeri Perak, Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program RMR Perakku Prihatin untuk golongan B40 di Perak.

Konsep program pinjaman perumahan ini adalah pinjaman tanpa faedah khusus untuk golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik tanah).

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan melalui borang yang disediakan oleh Yayasan Perak.


Bayaran Ansuran Bulanan

Pemohon yang layak akan membayar ansuran bulanan serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi. Reka bentuk rumah yang ditawarkan juga adalah reka bentuk rumah yang terkini.


Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  2. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang dan tidak sempurna
  4. Tanah dan tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.
  5. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk rumah)
  6. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
  7. Pemohon adalah anak kelahiran Perak atau bermastatuin lebih dari 10 tahun di negeri Perak

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________

Syarat Tambahan

  1. Pemohon perlu sediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
  2. Pemohon perlu membuat penyambungan utiliti setelah rumah disiapkan
  3. Yayasan Perak atau SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan mengkut keperluan dari semasa ke semasa


Cara Membuat Permohonan

1. Pemohon perlu mendapatkan borang permohonan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan - KLIK SINI

2. Pemohon perlu mengisi borang akuan kebenaran sekiranya pemohon tidak mempunyai tanah sendiri dan memerlukan kebenaran tuan tanah - KLIK SINI

3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru
  5. Sijil carian rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
  6. Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon, cerai atau meninggal dunia
  9. Borang laporan tapak bergambar

4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut

Syarikat Perumahan Negara Berhad,
No. 9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari,
30200 Ipoh, Perak.

atau

Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No. 111 Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan Program RMR Perakku Prihatin, sila hubungi:

Pihak SPNB: 05-526 3876 / 4188
Yayasan Perak: 05-255 2929




Post a Comment

0 Comments