MGID ads

Penerangan Penuh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) SPA

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kercergasan atau singkatannya UFPK Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah sebuah ujian yang terdiri daripada 2 komponen iaitu:

  • Ujian Fizikal & Pancaindera
  • Ujian Kecergasan

UFPK penting untuk lulus bagi membolehkan pemohon bergerak ke peringkat seterusnya dalam permohonan iaitu peringkat temuduga.

Tidak semua jawatan di dalam SPA ada UFPK, ia bergantung dengan jenis jawatan yang dimohon. Selalunya jawatan berkait dengan badan beruniform mesti akan ada ujian UFPK. Dibawah ada senarai jawatan.


Senarai Jawatan yang memerlukan UFPK

  • Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
  • Pegawai Siasatan Gred P41
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  • Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  • Pegawai Kesatria Gred S41
  • Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
  • Pembantu Kesatria Gred S17
  • Pegawai Keselamatan Gred KP41
  • Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
  • Pembantu Keselamatan Gred KP17
  • Penguasa Penjara Gred KA41
  • Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
  • Pegawai Penjara Gred KA19
  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  • Pegawai Bomba Gred KB19
  • Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Pegawai Imigresen Gred KP19
  • Leftenan Muda Maritim Gred T13
  • Bintara Muda Maritim Gred T5
  • Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  • Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
  • Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
  • Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Info Penuh disini

Dokumen yang Diperlukan ke UFPK

  • Surat Panggilan UFPK yang boleh dicetak melalui emel atau portal SPA
  • Kad Pengenalan Calon
Selain itu calon juga hendaklah:

Jenis Pemeriksaan Yang Dijalankan Ketika UFPK

1. Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera

    a. Pemeriksaan Ukuran Badan
  1. Ketinggian: Tinggi tanpa sepatu minima [Lelaki 1.57m / Wanita 1.53m]
  2. Berat Badan: Berat badan minima [Lelaki 48kg / Wanita 46kg]
  3. Ukuran Dada: [Lelaki Sahaja] - Dada keadaan biasa (79) / Menarik Nafas (84)

    b. Pemeriksaan Penglihatan

  1. Jarak penglihatan “Visual Acuity” 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap “Contact Lenses”.
  2. Pengecaman warna dan nombor

    c. Pemeriksaan Pendengaran

  1. Dapat mendengar dengan jelas dan baik 

    d. Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

  1. Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota dalam keadaan sempurna dan baik.
  2. Ujian Gaya Berkawad

2. Kecergasan

    a. Larian 2.4km
  • Tempoh [ Lelaki - 14 minit /  Wanita - 17 minit]
    b. Bangkit Tubi Dalam Masa 2 minit
  • Bilangan [ Lelaki - 30 kali /  Wanita - 28 kali]
    c. Lari Ulang Alik (4 x 10 meter)
  • Masa [ Lelaki - 11 saat /  Wanita - 13 saat]
    d. Lompat Jauh Berdiri
  • Jarak [ Lelaki - 215cm /  Wanita - 162cm]
Imej: Jadual Rujukan UFPK

Q & A berkaitan UFPK SPA disini

Panduan Video UFPK SPA

Video: Penerangan Langsung Pihak SPA

Selamat maju jaya bagi calon yang akan menjalankan UFPK SPA!


SALAMKERJAYA.COM




Post a Comment

0 Comments