Bantuan Tambahan Kepada Rakyat & Sektor Ekonomi Yang Terjejas



Kuala Lumpur: Kerajaan sedia memperkenalkan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas dalam menghadapi cabaran ekonomi pada bulan mendatang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sedang mengkaji semula langkah sedia ada, selain turut mengambil kira sektor ekonomi yang tidak dibenarkan beroperai sehingga fasa keempat seperti digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara.

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

__________________________________________________________________________


Berikut kenyataan yang diberikan oleh Menteri Kewangan ketika mengulas kebajikan rakyat dan Pelan Pemulihan Negara pada program AWANI 7.45 malam 18 Jun 2021.

"Melalui perbincangan pada peringkat Kementerian Kewangan (MoF), kita bersedia memberi bantuan tambahan dalam tempoh terdekat."

"Sebaik perincian dimuktamadkan, MoF boleh merangka penambahbaikan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan"

Setakat ini, perincian mengenai bantuan tambahan belum dinyatakan lagi. Namun akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sama-sama kita nantikan apakah bantuan bakal diberikan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas.

Sumber: bhonline

Post a Comment

0 Comments