RASMI : Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia Umur 18-30 Tahun 2021
Untuk makluman, bermula pada 1 Januari 2021 setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0.
Sehubungan dengan itu, insentif ini memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.
Sila ikuti segala artikel yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan bantuan ini.
APA ITU PENJANA KERJAYA 2.0?
Penjana Kerjaya adalah merupakan sebuah program yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber Manusia atau dikenali sebagai PERKESO bagi membuka peluang menambah pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa selama 3 bulan kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap.
TUJUAN PROGRAM
Bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training. Perkara ini juga sekaligus meningkatkan lagi mutu kebolehpasaran golongan ini.
BANTUAN PERANTISAN
Bantuan yang bakal diterima oleh majikan/perantis melalui program ini:
- Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
- Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
- Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
- Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
- Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
- Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.
- Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
- Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.
- Majikan hanya layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis tersebut diserap masuk sebagai pekerja tetap.
- Bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 ini.
Post a Comment
3 Comments
Yess
ReplyDeleteI m syaza
ReplyDeleteYess. You're syaza. :)
ReplyDelete