Cara Memohon Bantuan Moratorium Automatik Tanpa Syarat Mulai 7 Julai 2021
Untuk makluman, moratorium automatik selama tempoh 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi semua peminjam individu B40, M40 dan T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini.
Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut dan cara memohon bantuan ini.
APA ITU MORATORIUM AUTOMATIK (PEMULIH)?
Untuk pengetahuan anda, moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu sama ada dari golongan B40, M40 dan T20 serta usahawan mikro.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada lagi sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk melakukan permohonan.
Sebaliknya, para peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga turut ditawarkan kepada para pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
CARA MEMOHON
Terdapat tiga saluran yang boleh anda gunakan untuk melakukan permohonan secara mudah dan cepat. Antaranya ialah:
- Borang Web
- E-mel
- Panggilan telefon
TARIKH PERMOHONAN
Post a Comment
0 Comments