PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan Untuk Rakyat Malaysia







Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan untuk memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada semua ahli parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan. 

Peruntukan ini bertujuan untuk memperkasakan semula program Bantuan Bakul Makanan sedia ada bagi memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara.

Pada 1 Jun 2021, peruntukkan ini telah mula diagihkan kepada setiap ahli parlimen. Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukkan akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Tan Sri Muhyiddin juga turut mengumumkan dana sebanyak RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________

TARIKH PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN

Peruntukkan telah mula diagihkan kepada semua ahli parlimen. Setakat ini tiada tarikh yang terperinci untuk pengagihan bakul makanan, namun begitu bantuan ini akan mula disalurkan dalam masa terdekat.

Sama-sama kita nantikan.


SUMBER: awani

Post a Comment

0 Comments