Bantuan RM500 Selama Tiga Bulan Untuk Golongan OKU Tahun 2021




Pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang bagi tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja serta bukan tergolong dalam kalngan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat yang sedia ada.
 

Berikut kami kongsikan maklumat lebih lanjut di bawah berkaitan dengan bantuan ini. Semoga bermanfaat. 


PERUNTUKAN SEBANYAK RM30 JUTA


Untuk makluman, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata bahawa inisiatif bantuan ini akan memberikan manfaat kepada seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30 juta. 



____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________


BANTUAN KHAS RM500 GOLONGAN OKU


Bantuan kewangan sebanyak RM500 seorang bagi tempoh tiga bukan ini adalah merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang kehilangan pekerjaan ataupun tidak mempunyai pekerjaan. 


Selain daripada bantuan RM500 ini, pihak kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Insiatif Umum atau JITU bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan. 


Bagi tujuan tersebut, Tan Sri Muhyiddin berkata sejumlah RM20 juta akan diperuntukkan dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu. 


SUMBER: BERNAMA


Post a Comment

0 Comments