BSP 3.0: Semakan Permohonan Bantuan Sabah Prihatin 2021




Kepada rakyat di negeri Sabah, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 dengan peruntukan lebih 154.83 juta bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


BSP 3.0

Bantuan Sabah Prihatin 3.0 merupakan bantuan tambahan kepada RM238,369.318 juta yang telah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0 dan 2.0 sejak hujung tahun lalu. 

Bantuan kali ini akan memberikan RM300 secara one-off yang akan memanfaatkan 370,432 penerima dan akan mula diagihkan tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Manakala, bantuan bakul makanan juga akan diberikan yang memanfaatkan 343,665 penerima.



SENARAI BANTUAN BSP 3.0

Bantuan RM300 secara one-off akan diberikan kepada:
  • Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
  • Usahawan mikro dan kotej
  • Penjaja Kecil
  • Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baru
  • Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, divemaster, malim gunung dan porter (sektor pelancongan)

Bantuan RM1000 HINGGA RM5000 (Hotel / Penginapan / Pengusaha Pelancongan)

Bantuan sebanyak RM2,879,500 akan diperuntukkan untuk sektor pelancongan, antaranya
  • RM5,000 - hotel 4 & 5 bintang
  • RM2,000 - hotel 3, 2, & 1 bintang
  • RM2,000 - 3, 2, 1, orkid
  • RM1,000 - Persatuan Homestay
  • RM1,000 - Hotel yang belum mendapat penarafan
  • RM2,000 - pengusaha pelancongan


TARIKH PEMBAYARAN 

Bantuan ini akan mula diagihkan dalam masa terdekat merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian awam dan swasta.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN DAN SEMAKAN

Anda boleh rujuk di portal:


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan bantuan covid-19 sabah, anda boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah 

Post a Comment

0 Comments