e-Janji Temu LHDN: Permohonan Rayuan BPR





Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, rayuan BPR akan mula dibuat bermula 15 Jun sehingga 30 Jun. Namun begitu, perkhidmatan kaunter BPR hanya akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian.

Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi cara untuk membuat e-Janji Temu LHDN di portal rasmi BPR.



e-Janji Temu LHDN

e-Janji temu atau janji temu secara dalam talian merupakan satu perkhidmatan yang diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi rayuan BPR di kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

  • e-Janji Temu dibuka mulai 14 Jun 2021
  • Tarikh Janji Temu akan bermula pada 15 Jun 2021


Waktu Operasi Kaunter BPR

Waktu operasi kaunter LHDNM untuk permohonan rayuan BPR adalah seperti berikut:



Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Berikut dikongsikan antara perkhidmatan BPR yang disediakan secara janji temu:
  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Lain-lain
Walau bagaimanapun, permohon disarankan untuk semak secara dalam talian kerana Janji Temu hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM


Cara Membuat Permohonan e-Janji Temu 

1. Buka laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
2. Klik pada e-Janji Temu
3. Isikan maklumat janji temu
  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • Negeri
  • Cawangan
  • Pengesahan Captcha
  • Tujuan Janji Temu
  • Tarikh
  • E-mel
  • No Telefon
4. Setelah selesai, tekan butang hantar

Pastikan cetak surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal BPR atau e-mel yang telah didaftarkan untuk dikemukakan semasa hadir ke cawangan LHDNM sebagai bukti janji temu.


Syarat Permohonan Janji Temu

Berikut dikongsikan syarat-syarat untuk membuat permohonan Janji Temu
  • Hanya satu tarikh sahaja yang dibenarkan bagi setiap No Kad Pengenalan pemohon
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan untuk tiga orang pemohon
  • Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan
  • Captcha mestilah diisi sebelum menghantar permohonan


Pembatalan & Penukaran Tarikh Janji Temu 

Pembatalan dan penukaran tarikh Janji Temu hanya boleh dibuat selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh yang telah dipilih.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat seperti berikut:


Pemohon BPR
  • Log masuk di BPR
  • Pilih menu e-Janji Temu
  • Klik Senarai e-Janji Temu
  • Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan

Selain Pemohon BPR
  • Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-emel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan rayuan BPR, anda boleh hubungi talian cawangan LHDNM atau Hotline BPR LHDNM di 1-800-88-2747 atau Hotline BPR MoF di 03-8882 4565 / 03-8882 4566 bagi mendapatkan bantuan



Sumber: harianpost.my

Post a Comment

0 Comments