Bantuan Khas RM500: Teksi, e-Hailing, Bas & Pemandu Pelancong



Pihak kerajaan mengumumkan Bantuan Khas One-Off RM500 kepada 134,000 pemain industri pengangkutan awam (Pemandu Teksi, e-Hailing, Bas). 


"Antara mereka yang berada dalam perhatian saya terutama ketika berdepan cabaran akibat Covid-19 ini adalah sektor pengangkutan awam seperti pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran serta juga pemandu pelancong" - PM


Menerusi bantuan PKP 3.0 atau (PEMERKASA+) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 dengan peruntukan kesuluruhan sebanyak RM68 juta sebagaimana yang diumumkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei 2021. 


Bantuan khas RM500 one off tersebut bakal dijangka bakal memanfaatkan sekitar 134,000 penerima berikut:

  • 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing
  • 40,000 pemandu teksi
  • 17,000 pemandu pelancong
  • 11,000 pemandu bas sekolah
  • 4,000 bas persiaran

TARIKH BANTUAN DITERIMA

Bantuan khas ini akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar mulai bulan Jun 2021. 

CARA MEMOHON

Kaedah dan kelayakan permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). 

Dapatkan maklumat terkini dan sahih melalui laman web dan media sosial rasmi APAD. 

Post a Comment

0 Comments