Senarai Penuh Bantuan Persekolahan Tahun 2021


 

Anda semua pasti sudah mengetahui bahawa sesi persekolahan telah pun bermula pada hari ini. Bagaimana perasaan anda setelah sekian lama mengimpikan untuk melihat anak-anak anda semua hadir ke sekolah seperti dahulu lagi? 


Untuk pengetahuan anda semua, terdapat pelbagai jenis bantuan persekolahan yang telah ditawarkan oleh pihak kerajaan, majlis agama islam dan pelbagai agensi bagi membantu meringankan beban para ibu bapa. Untuk makluman, bantuan persekolahan yang dimaksudkan tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan sahaja namun terdapat juga bantuan dalam bentuk baucar, komputer riba dan lain-lain. 


Bagi para ibu bapa yang masih mempunyai anak yang bersekolah, anda boleh melakukan semakan kepada senarai bantuan persekolahan tahun 2021 yang boleh anda mohon melalui perkongsian di bawah ini. 


BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM RM100


Untuk makluman, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang mana bertujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada setiap awal tahun. 


Bantuan sebanyak RM100 ini akan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah (B40).

 

Mohon Di Sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/12/rasmi-bantuan-awal-persekolahan-kpm.html 


BANTUAN LAPTOP DAN INTERNET PERCUMA UNTUK B40


Bagi pengetahuan anda semua, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato' Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan berkaitan dengan bantuan laptop dan internet percuma untuk golongan B40 bagi semua para pelajar yang berkelayakan. 


Bantuan ini adalah merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan para pelajar terpaksa meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian (online). 


Mohon Di Sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/12/rasmi-bantuan-laptop-dan-internet.html 


BANTUAN BELI BARANG PERSEKOLAHAN RM400

Untuk pengetahuan anda, seramai 27,246 pelajara daripada keluarga golongan asnaf boleh membeli keperluan dan barang persekolahan seperti pakaian dan peralatan persekolahan tanpa perlu membayarnya bagi sesi persekolahn sesi 2021 kerana MAIWP telah menyediakan baucar yang bernilai sehingga RM400 bagi para pelajar yang layak. 


Semak Di Sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/12/rasmi-bantuan-beli-kelengkapan.html 


150,000 KOMPUTER RIBA PERCUMA UNTUK PELAJAR SEKOLAH


Menerusi pembentangan Belanjawan 2021, pihak kerajaan akan menyediakan bantuan komputer riba percuma kepada para pelajar sekolah bagi tujuan membantu meringankan golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian (online). 


Pemberian komputer riba secara percuma ini akan melibatkan seramai 150,000 orang murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian. 


Baca Selanjutnya Di Sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/11/rasmi-150000-murid-sekolah-bakal-terima.html 


Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Diharapkan agar bantuan ini dapat membantu meringankan beban anda semua serba sedikit. 

Post a Comment

0 Comments