[RASMI] : 150,000 Murid Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Percuma Sumbangan GLC & GLIC - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, November 11, 2020

[RASMI] : 150,000 Murid Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Percuma Sumbangan GLC & GLIC

 


Melalui pembentangan Belanjawan 2021 beberapa hari yang lalu, pihak kerajaan telah menyatakan bahawa mereka akan menyediakan bantuan komputer riba secara percuma kepada pelajar sekolah bagi tujuan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran melalui secara atas talian.


Dalam kita menjalankan norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian adalah merupakan salah satu amalan yang menjadi kebiasaan dan sangat popular di kalangan para pelajar masa kini. Oleh yang demikian, pemberian komputer riba secara percuma ini bakal membantu dan memberikan banyak manfaat kepada para pelajar yang layak menerima.


Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara mendapatkan bantuan komputer riba secara percuma.


150,000 KOMPUTER PERCUMA UNTUK MURID SEKOLAH

Pemberian komputer riba secara percuma ini juga akan melibatkan sebanyak 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi tujuan meringankan beban masalah pembelajaran secara atas talian yang sering dihadapi oleh golongan pelajar yang kurang berkemampuan.


Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengumumkan bahawa Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) bakal menyumbangkan sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi tujuan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid sekolah.


Menurut Menteri Kewangan Malaysia melalui pembentangan Belanjawan 2021 itu juga, projek rintis ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah.




Makluman berkaitan permohonan dan syarat kelayakan pemberian komputer riba secara percuma ini bakal menyusul setelah dimaklumkan kelak. 


PELBAGAI MANFAAT LAIN TURUT DITERIMA

Selain murid sekolah, isi rumah, belia serta bujang juga bakal menerima pelbagai manfaat daripada Belanjawan 2021 seperti bantuan RM350 untuk kategori bujang dan bantuan sehingga RM1,800 untuk isi rumah. Manakala, bagi golongan B40 yang layak pula mereka akan menerima bantuan RM180 untuk setiap pembelian telefon bimbit baharu dan untuk langganan internet. 


Diharapkan agar bantuan yang telah diberikan melalui Belanjawan 2021 ini nanti mampu untuk mengurangkan segala beban hidup yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada penularan wabak pandemik ini. 


Sila kongsikan artikel ini agar dapat memberitahu lebih ramai masyarakat yang layak untuk mendapat manfaat daripada bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam Belanjawan 2021 ini. 


7 comments:

  1. Alhamdulillah...amat diperlukan komputer utk anak2. Saya mempunyai 4 orang anak menengah. Seorang F5, kembar F4 & bongsu F1. Sekarang anak2 berkongsi phone dengan saya. Agak menyusahkan jika kelas mereka sama waktu. Berebut2.

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah...sy amat memerlukan sgt2 komputer UTK ank2 belajar di rumah..sy ada 3org ank..tp sy x mampu nk membeli HP UTK diorg bljr .saat getir covid 19 NIE...belajar secara online..1hp sy punya kongsi 3beradik..kdg2 sampi ank2 bergaduh...sy mohon SGT2 agar komputer NIE dpt memudahkan lagi proses sy UTK mengajar ank2 dirumah..ank2 dpt bljr tenang.. terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerajaan memberikan bantuan untuk anak2 Sekolah.

    ReplyDelete
  4. Sangat bagus bantuan ini..saya anak 4 org yg bersekolah.. 3 sekolah rendah 1 sekolah menengah. 1 HP berebut

    ReplyDelete
  5. bila lah nak dpt mcmna nak daftar

    ReplyDelete
  6. Semoga boleh terima bantuan ini. Kerja saya terjejas

    ReplyDelete
  7. bantuan ini memang berbaloi di mana anak saya pertama belajar di Politeknik Sultanah Bahiyah dan kedua akan mengambil SPM tahun ini dan anak saya ketiga sedang belajar dalam tahun 3. sila bagi tau macam mana nak daftar .

    ReplyDelete