[RASMI] : Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100 Untuk Golongan Keluarga B40 - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, December 23, 2020

[RASMI] : Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100 Untuk Golongan Keluarga B40



Untuk pengetahuan anda, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah mula diperkenalkan sejak tahun 2012 bagi tujuan membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada setiap awal tahun.


Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Sila ikuti perkongsian di bawah ini untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan dengan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh KPM.


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid:

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Merupakan murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Berasal daripada kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

JUMLAH KADAR BANTUAN

Berikut adalah merupakan jumlah kadar bantuan yang bakal diterima oleh murid-murid yang berkelayakan:
  • RM100.00 untuk setiap murid

AGIHAN BANTUAN

Untuk makluman, tempoh pelaksanaan BAP adalah bermula pada bulan Januari sehingga Jun bagi setiap sesi persekolahan tahun semasa. Bantuan ini akan disalurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal pada 4 Januari tahun semasa secara berperingkat dan secara terus ke:
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Kesemua sekolah yang telah menerima wang bantuan tersebut akan mengeluarkan satu tarikh pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak. Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang layak akan dimaklumkan oleh pihak sekolah. 

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan bahawan wang bantuan tersebut diagihkan kepada para pelajar dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh penyata bank diterima bagi bulan di mana peruntukan dikreditkan ke akaun KWK sekolah.

CARA MEMOHON 

Untuk pengetahuan anda, semua pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu lagi melakukan permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Pendidikan (BAP) bernilai RM100. Pihak sekolah akan mengeluarkan dan memaparkan senarai nama murid yang layak dan akan memberikan makluman berkenaan pemberian bantuan ini kepada mereka.

Sekiranya terdapat murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Pendidikan (BAP) sebelum ini dan ingin melakukan permohonan buat kali pertama, kini anda boleh melakukan permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan di bawah dengan menekan pada butang KLIK DI SINI dan membaca segala pernyataan yang dinyatakan. Sila maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan. 

5 comments:

  1. Jawiliah bte ibrahim.
    149.a.jln kmpg sungai dua mersing 86800 mersing johor

    ReplyDelete
  2. Anak sy nak masuk darjah 1..sy orang miskin.macam mana mahu buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu akan uruskan urusan permohonan. Since anak baru darjah 1 2021, cuba call guru kelas. Syarat pendapatan lazar bawah RM3000 untuk isi rumah. Semoga berjaya.

      Delete
  3. Saya fauziah Fauzi ingin mohon bantuan persekolahan

    ReplyDelete
  4. Kampung Padang licin Gual periuk 17200 rantau panjang Kelantan

    ReplyDelete