[RASMI] : Bantuan Laptop Dan Internet Percuma Untuk Golongan B40



Untuk pengetahuan anda semua, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato' Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bantuan laptop dan internet percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.


Bantuan ini adalah merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online.


Bantuan Laptop dan Data Internet Percuma ini adalah disasarkan bagi semua para pelajar universiti yang berasal daripada keluarga B40 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


CARA MEMOHON BANTUAN LAPTOP


Bagi bantuan laptop secara percuma ini, para pelajar tidak perlu melakukan sebarang permohonan kerana pihak Universiti yang akan menghubungi kepada sesiapa yang layak menerima bantuan ini. 


Antara jenis bantuan bagi mereka yang layak ialah mereka bakal menerima laptop percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang tempoh pengajian dan juga bantuan kewangan istimewa bagi para pelajar yang memperolehi laptop. Para pelajar yang berkelayakan bakal menerima bantuan ini secara berperingkat bermula pada November 2020.


CARA MEMOHON BANTUAN PELAN DATA


Untuk bantuan pelan data internet percuma ini pula, para pelajar B40 tidak perlu melakukan permohonan kerana pihak Universiti akan menghubungi secara terus para pelajar yang berkelayakan ataupun para pelajar boleh sahaja terus menghubungi pihak HEP Universiti bagi tujuan menyemak kelayakan masing-masing.


Bagi mereka yang layak, anda bakal menerima bantuan tersebut dalam bentuk kad sim. Namun, terdapat juga Universiti yang menyalurkan dan memberikan bantuan dalam bentuk wang ringgit (terus ke dalam akaun bank anda yang aktif).


TAWARAN ISTIMEWA PAKEJ LAPTOP


Bagi mereka yang ingin menikmati bantuan harga laptop khas untuk para pelajar IPT, anda hanya perlu melakukan pembelian secara terus melalui online di kedai rasmi seperti di bawah ini:


CARA MOHON PAKEJ PELAN DATA PELAJAR

Untuk makluman, jika anda mahu menikmati harga istimewa yang ditawarkan ini anda bolehlah terus ke kedai telco Celcom, Digi ataupun Maxis di kawasan berhampiran dengan anda dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID Pelajar. 

CELCOM



DIGI 



MAXIS 




 

 

Post a Comment

14 Comments

  1. Macam mana nak mohon komputer riba ye,?

    ReplyDelete
  2. bagaimana cara nak mohon komputer lap top untuk anak saya ...tq

    ReplyDelete
  3. saya ibu tunggal macam mana nak memohon lap top

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak mohon bantuan ni ye?

    ReplyDelete
  5. Macam mane nak mohon dah try banyak kali x boleh

    ReplyDelete
  6. Mcm mn nak mohon, x ada link tuk memohon pun.

    ReplyDelete
  7. Macam mana nak memohon.... Saya dari semporna sabah

    ReplyDelete
  8. Salam,macam mana nak memohon laptop percuma untuk pelajar spm 2021?

    ReplyDelete
  9. Macamana nak MOHON LAP TOP YA?
    SAYA IBU TUNGGAL DAN TAK DE KERJA.(BUANG KERJA) ANAK SAYA DAPAT UPU .2021 SEPTEMBER MULA BELAJAR .HARAP BALAS YA TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  10. Macammana Cara nak memohon..tak boleh masuk link..maaf

    ReplyDelete