Responsive Ad

[RASMI] : Senarai Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Yang Ibu Bapa Perlu Tahu ~ Mohon Sekarang!



Umum mengetahui bahawa sesi persekolahan bakal bermula dan dibuka semula tidak lama lagi. Adakah anda semua sudah bersedia untuk sesi persekolahan tahun 2021 yang bakal bermula pada 20 Januari ini?


Bagi meringankan beban rakyat Malaysia, terdapat pelbagai jenis bantuan persekolahan yang telah ditawarkan oleh pihak kerajaan, majlis agama islam dan pelbagai agensi. Untuk makluman, bantuan persekolahan yang dimaksudkan tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan tetapi terdapat juga bantuan dalam bentuk baucar, komputer riba dan lain-lain.


Kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak yang bersekolah, anda boleh melakukan semakan kepada senarai bantuan persekolahan tahun 2021 yang masih boleh dimohon pada perkongsian di bawah ini.


Bantuan Awal Persekolahan KPM Bernilai RM100


Untuk pengetahuan anda semua, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 


Bantuan RM100 ini akan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. 


Mohon di sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/12/rasmi-bantuan-awal-persekolahan-kpm.html 


Bantuan Barang Persekolahan Sehingga RM400 Oleh MAIWP


Untuk makluman, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf boleh membeli keperluan dan barang persekolahan seperti pakaian dan peralatan persekolahan tanpa perlu membayarnya bagi sesi persekolahan 2021 kerana MAIWP telah menyediakan baucar yang bernilai sehingga RM400 bagi para pelajar yang layak. 


Semak di sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/12/rasmi-bantuan-beli-kelengkapan.html 


Bantuan Laptop Dan Internet Percuma Untuk Golongan B40


Untuk pengetahuan anda semua, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato' Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan berkenaan bantuan laptop dan internet percuma untuk golongan B40 bagi para pelajar yang berkelayakan.


Bantuan ini adalah merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan para pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online.


Mohon di sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/12/rasmi-bantuan-laptop-dan-internet.html 


150,000 Komputer Riba Percuma Pelajar Sekolah


Melalui pembentangan Belanjawan 2021, pihak kerajaan akan menyediakan bantuan komputer riba percuma kepada para pelajar sekolah bagi tujuan membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran secara atas talian. 


Pemberian komputer riba secara percuma ini akan melibatkan 150,000 orang murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian. 


Baca selanjutnya di sini : https://www.salamkerjaya.com/2020/11/rasmi-150000-murid-sekolah-bakal-terima.html


Sekian sahaja senarai bantuan persekolahan yang para ibu bapa semua boleh mohon untuk setakat ini. Semoga dengan bantuan ini, ia dapat membantu meringankan beban serba sedikit kepada semua ibu bapa yang terkesan dan terjejas akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

3 Comments