MGID ads

Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia Mei 2024 ~ 325 Kekosongan Jawatan!

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penjara Malaysia Mei 2024

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat/Jabatan: Jabatan Penjara Malaysia

Tentang Jabatan Penjara Malaysia:

Visi

Peneraju Perkhidmatan Korektif

Misi

Membentuk insan produktif melalui pemulihan efektif, persekitaran kondusif dan pengintegrasian strategik

Objektif

  • PENAHANAN - Memastikan banduan/tahanan menjalani penahanan yang sah sehingga dibebaskan
  • KESELAMATAN - Memastikan kawalan dan persekitaran yang selamat dan juga terjamin
  • LAYANAN - Memastikan setiap banduan/tahanan diberi layanan berdasarkan undang-undang dan peraturan
  • PEMULIHAN - Memastikan program pemulihan yang bersesuaian serta efektif ke atas semua kategori banduan/tahanan
  • PEMASYARAKATAN - Memastikan Program Pemasyarakatan (Social Reintegration) ke atas semua banduan/tahanan dilaksanakan dengan berkesan
Fungsi

  • Melaksanakan perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa ke atas tahanan sehingga tahanan dibebaskan.
  • Memberi kawalan ke atas tahanan semasa menjalani hukuman atau penahanan serta layanan yang berperikemanusiaan.
  • Melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui pelbagai pendekatan.


Jawatan Yang Ditawarkan:

Imej: Iklan Rasmi Pengambilan Jawatan Jabatan Penjara Mei 2024
  • PEGAWAI PENJARA GRED KA19

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 28 MEI 2024 (SELASA)
Baca Juga:

Syarat Lantikan Jawatan Gred KA19:

  • Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Gaji Permulaan: KA19: RM1,360.00

 ATAU

  • Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji Permulaan: KA19: RM1,418.12

 ATAU

  • Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji Permulaan: KA19: RM 1,476.24


Syarat Lantikan Tambahan Jawatan Gred KA19:

  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

 Syarat Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat SPM/SVM

Cara Memohon Jawatan:

Permohonan Jawatan dibuat melalui laman rasmi SPA9.

  • Log Masuk akaun di laman rasmi untuk memohon.
  • Kepada yang belum mempunyai akaun, diminta melalukan pendaftaran sebelum log masuk dan memohon.

Imej: Keratan Laman Rasmi SPA

LAMAN RASMI SPA9: MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments