MGID ads

Ujian i-MEdSI 2024/2025 - Tarikh Ujian, Format & Tips Soalan



Apa itu Ujian MeDSI?

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah sebuah ujian pemilihan yang dibuat untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan untuk lepasan STPM dan setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam.

Ujian ini bertujuan untuk menilai calon dari beberapa aspek seperti:

  • Personaliti
  • Minat Kerjaya
  • Nilai Integriti
  • Kecerdasan Emosi

Boleh dikatakan ujian ini seperti ujian psikometrik. Calon perlu bersedia sebelum menduduki ujian seperti tarikh ujian, format dan perkara lain seperti dibawah.


Tarikh Ujian i-MEdSI 2024/2025

Imej: Iklan Ujian Medsi 2024/2025

Ujian i-MEdSI akan bermula pada 13 Mei 2024 hingga 24 Mei 2024.

Bagi calon yang telah menyemak dan didapati layak menduduki ujian, ujian boleh dijalankan di laman rasmi tertera: https://imedsi.mohe.gov.my/action.index

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 
(+6013-415 3016 (Hotline) | kemasukan.bhea@upsi.edu.my)


Format Ujian i-MEdSI

Bilangan soalan:
  • Ujian i-MEdSI mempunyai sebanyak 300 Soalan.

Soalan Terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
  • Personaliti (110 item)
  • Minat Kerjaya (60 item)
  • Nilai Integriti (70 item)
  • Kecerdasan Emosi (60 item)

Format Soalan:
Soalan berbentuk aneka pilihan. Setiap soalan diberi dua pilihan jawapan atau empat pilihan jawapan:
  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Wajar atau tidak wajar
  • Sangat setuju, setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju

Masa Menjawab:
  • 60 minit sahaja (15 minit membaca dan memahami arahan + 45 minit untuk menjawab semua soalan)
  • Calon dibenarkan menduduki ujian hanya sekali sahaja (tiada ulangan masa menjawab)

Tips Menjawab Ujian i-MEdSI

Pihak Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI menghasilkan poster atau infografik yang berkaitan tips menjawab ujian medsi.

Imej: Tips Menjawab Ujian Medsi, Kredit (UPSI, 2020)

Calon perlu jujur mengenai diri sendiri ketika menjawab semua soalan yang diberikan. 

Tips penting juga untuk berjaya melepasi ujian medsi adalah membiasakan diri dengan jenis soalan yang biasa disoal ketika ujian medsi.

Contoh Soalan Ujian i-MEdSI

Bahagian Personaliti

1. Saya akan cuba membaiki kelemahan pada bila-bila masa.
A. Ya
B. Tidak

2. Apabila saya telah membuat keputusan, tidak ada orang boleh menghalang saya melaksanakannya.
A. Ya
B. Tidak

3. Saya sentiasa lupa perkara yang kurang penting.
A. Ya
B. Tidak

4. Saya tidak takut menghadapi risiko gagal.
A. Ya
B. Tidak

5. Saya kurang mengambil perhatian terhadap perkara yang saya kurang minati.
A. Ya
B. Tidak

Bahagian Minat Kerjaya

1. Menyumbangkan idea dalam perbincangan.
A. Suka
B. Tidak Suka

2. Ingat pengalaman yang pahit dan sedih.
A. Suka
B. Tidak Suka

3. Sedia menolong murid di mana-mana tempat pun tanpa bayaran.
A. Suka
B. Tidak Suka

4. Menjalin hubungan kerjasama dengan ibu-bapa pelajar.
A. Suka
B. Tidak Suka

5. Melayan murid seperti anak sendiri.
A. Suka
B. Tidak Suka

Bahagian Nilai Integriti

1. Jika tersilap, mesti membetulkannya serta-merta.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

2. Memberi sumbangan kerana harap dapat balasan yang diidamkan
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

3. Kepentingan diri harus diutamakan
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

4. Walaupun saya tidak setuju, saya masih berpura-pura setuju.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

5. Sesiapa yang berpengalaman boleh menjadi guru saya.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

Bahagian Kecerdasan Emosi

1. Apabila sesuatu tidak dapat dilakukan, saya akan menangis.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

2. Jika kerja saya dikritik, saya akan sangat marah.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

3. Saya boleh kawal emosi marah walaupun dituduh tanpa sebab.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

4. Saya tidak menghukum murid kerana bimbang murid membalas dendam.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

5. Tunjuk marah sekiranya boleh menghalang perbuatan salah.
I. Sangat tidak setuju
II. Tidak Setuju
III. Setuju
IV. Sangat Setuju

-------------------
Jawapan terbaik:
Personaliti[ABBAB], Minat Kerjaya[ABAAA], Nilai Integriti[IV, II, I, II, III], Kecerdasan Emosi [I, I, IV, II, III]

Selamat menduduki ujian!

SALAMKERJAYA.COM




Post a Comment

0 Comments