Selain "kuih inti angin", Ini 7 Makanan Lain Yang Pembeli Pernah Ditipu di Bazar Ramadan

Bazar ramadan berjaya memeriahkan sambutan bulan yang mulia pada setiap tahun. Namun disebalik kemeriahannya, ada perkara yang selalu mencemar suasana tersebut iaitu kualiti makanan yang dijual.

Ramai dalam kalangan pembeli selalu terkena apabila makanan yang dibeli tidak menepati "standard" yang dimahukan.


Makanan Lain Yang Pembeli Pernah Ditipu

Menurut apa yang dikongsi oleh pembeli sebelum ini, ada beberapa jenis makanan yang pernah pembeli ditipu dikongsikan di media sosial mengundang pelbagai reaksi.

1. Karipap Inti Angin

Contoh yang paling sinonim atau selalu kita dengar adalah karipap inti angin. Ini terjadi apabila karipap tersebut tidak diletakkan kuantiti inti yang sepatutnya. 

Misalnya karipap ubi, ia harus mempunyai inti yang mencukupi untuk digelar sebagai karipap ubi. Jika tidak, pembeli akan rasa tertipu.

Gambar: Contoh Karipap Inti Angin (kredit: owner)

2. Roti Jala dan Kuah Durian

Perkongsian pernah dibuat seorang pembeli di bazar apabila roti jala yang dibelinya kurang berkualiti. Roti jala tersebut berminyak dan fizikalnya agak keras. Begitu juga kuah durian yang dibekalkan tidak memenuhi selera.
Gambar: Roti Jala dan Kuah Durian yang Kurang Berkualiti (kredit: owner)

3. Rangka Ayam

Ayam adalah makanan yang selalu dicari di bazar ramadan. Seorang pembeli ada berkongsi bahawa rangka ayam yang dibelinya bukanlah rangka ayam tetapi perut ayam. 

Gambar: Rangka Ayam Bersalut Tepung Yang Sebenarnya Adalah Perut Ayam (kredit: owner)

4. Roti Kebab Ayam

Perkongsian yang hibah seorang pembeli apabila kebab ayam yang dibeli bukanlah kebab, tetapi hanyalah roti biasa (sandwich) sahaja. Ia berbeza dengan roti kebab yang sering digunakan oleh peniaga. Pembeli akan melihat peniaga tidak jujur dalam berniaga.
Gambar: Roti Kebab Ayam diluar Roti Sandwich Di Dalam (kredit: owner)


5. Martabak Hangit

Martabak antara makanan yang terkenal dan diminati oleh ramai orang. Tetapi tidak jika martabak tersebut terlebih masak atau dalam kata mudahnya hangit. Pembeli yang terbeli martabak terus tidak berselera menjamah dan siapa yang gemar kepada martabak yang seperti itu.
Gambar: Martabak Hangit Yang Mengejutkan Pembeli (kredit: owner)

Baca Juga:


6. Daging Bakar Kurang Masak

Tekak orang tempatan kita bukanlah tekak “mat salleh” yang gemar daging kurang masak atau “medium raw”. Peniaga yang kurang bertanggungjawab menjual daging kurang masak juga amat mengecewakan pembeli.
Gambar: Daging Bakar Kurang Masak atau jadi "medium raw(kredit: owner)

7. Roti John Inti Sos/Mayo

Roti John yang hanya berintikan sos/mayo juga menarik pehatian apabila pembeli mendapati hanya sos/mayo sahaja yang menjadi inti kepada roti john dan dijual harga mencecah RM5.00. 

Gambar: Roti John Inti Sos/Mayo (kredit: owner)

Tips Memilih Makanan di Bazar Ramadan

Terdapat beberapa tips dalam memilih makanan ketika di bazar ramadan. Selain kita menilai kualiti makanan yang dijual, penting juga untuk melihat tahap kebersihan makanan terutama kepada peniaga/pengendali makanan. Kerana ini berkait rapat dengan kesihatan kita.

Berikut beberapa tips yang boleh diamalkan:

Gambar: Tips Memilih Makanan/Juadah Di Bazar Ramadan (Kredit KKM, Jabatan Penerangan)

1. Memakai penutup kepala dan apron yang bersih
2. Tidak menggunakan tangan secara langsung untuk menyentuh makanan
3. Tidak memakai aksesori seperti gelang, jam dan cincin di tangan
4. Kuku pendek dan bersih
5. Tidak bersin atau batuk ke arah makanan
6. Membalut luka dengan pembalut kalis air dan tangan sebaik-baiknya..

Nasihat Netizen Kepada Peniaga

Gambar: Nasihat Netizen Kepada Peniaga Di Media Sosial (kredit: owner)

Diharapkan peniaga akan lebih bertanggungjawab pada bazar ramadan kali ini, dan pembeli juga lebih bijak dalam memilih makanan yang benar – benar berkualiti untuk dibeli.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments