MGID ads

Lelaki Ini Mempunyai Simpanan 1 juta Dalam Akaun KWSP. Begini Caranya!

Tular di media sosial seorang lelaki berkongsi tentang rakan beliau yang mempunyai simpanan 1 juta dalam KWSP. Ini menarik perhatian warganet kerana seseorang mampu menjadi jutawan melalui simpanan KWSP sahaja.

Diceritakan rakan beliau berusia 45 tahun dan bekerja di Kuala Lumpur. Beliau sama sahaja seperti kebanyakan orang lain ulang-alik kerja menaiki motor. Bagaimana beliau boleh mempunyai simpanan sebanyak itu?

Gambar: Tangkap Layar Perkongsian Pengguna Facebook Bernama Nur Fadhli Bassar


Cara Mempunyai Simpanan KWSP Yang Tinggi

Menurut apa yang dikongsi, ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk meningkatkan jumlah simpanan:

1. Mempunyai Kerja yang Stabil & Gaji yang Cukup

Usaha dapatkan kerja yang stabil untuk kemasukan konsisten setiap bulan.

Gambar: Antara Kemahiran Diperlukan Untuk Mencari Pekerjaan

Selain itu, jika telah mendapat pekerjaan, cuba adjust gaji yang ada supaya cukup untuk keperluan harian/bulanan.

2. Mencarum Dalam KWSP

Untuk mendapat simpanan adalah dengan mencarum. Mencarum ada kadarnya iaitu 11% dan diceritakan rakan beliau naikkan kadar pada 12-13% selepas itu.

 Diikuti majikan juga turut lakukan caruman mengikut jumlah yang ditetapkan. Ini akan menambahkan lagi jumlah simpanan.

Gambar: Peruntukan Undang-Undang Keperluan Mencarum KWSP (Sumber:KWSP)


3. Tidak Mengeluarkan Simpanan KWSP Jika Tiada Keperluan

Duit KWSP adalah simpanan pada hari tua atau selepas persaraan dan tidak perlu dikeluarkan tanpa keperluan. 

Lakukan simpanan kecemasan sendiri sekurang-kurangnya 6 bulan gaji di mana-mana akaun bank peribadi. Sekiranya ada keperluan mendesak, simpanan kecemasan ini boleh digunakan tanpa perlu melakukan pengeluaran simpanan KWSP.

Gambar: Simpanan Kecemasan 6 Bulan Gaji (Sumber: PPIM, 2022)


4. Melakukan Job Hopping atau lompat pekerjaan

Melakukan job hopping ini ada baik dan buruknya yang boleh disenaraikan seperti jadual dibawah:

Job Hopping (Lompat Kerja)

Baik

Buruk

1      Menerima gaji tinggi dengan cepat

Kesetiaan kepada syarikat diragui

2      Mendapat pelbagai pengalaman

Boleh merosakkan hubungan professional dalam kerjaya

3      Mudah berdaptasi

Perlu membuktikan keupayaan sekali lagi

4      Boleh melakukan pelbagai jenis pekerjaan

Mencari semula nilai anda kepada syarikat baharu

5      Mempunyai ramai kenalan (networking)

Anda akan kurang berpuas hati dengan kerjaya anda


Job Hopping akan berpeluang mendapat gaji yang lebih tinggi ketika berpindah syarikat dan hasilnya boleh mendapat caruman KWSP yang tinggi. 

Tetapi semuanya bergantung bagaimana anda menilai kaedah Job Hopping ini.


5. Membayar Zakat

Rakan beliau juga membayar zakat untuk mendapat keberkatan rezeki yang diperolehi. Untuk zakat pendapatan, anda boleh mengira sama ada anda layak dikenakan zakat atau tidak melalui laman rasmi Zakat Malaysia. 

Keberkatan rezeki sudah tentu mengundang rezeki yang lebih baik lagi.

Dividen Tahunan KWSP

Dalam simpanan KWSP, penyimpan juga akan mendapat manfaat melalui Dividen di mana tahun 2023 KWSP mengumumkan Dividen sebanyak 5.50% pada simpanan konvensional dan 5.40% pada simpanan shariah. 

Gambar: Agihan Dividen KWSP 2023 (Sumber: KWSP)
Rakan beliau yang mempunyai simpanan sebanyak RM1,002,867.18, jika dikira melalui simpanan shariah sebanyak 5.40%, akan menerima dividen sebanyak RM 54,154.00. Ia adalah satu jumlah yang cukup tinggi. 

Dengan adanya dividen ini, pencarum akan mendapat penambahan jumlah simpanan setiap tahun.

Bertukar Dari Simpanan Konvensional ke Simpanan Shariah

Ramai pencarum terutama yang beragama Islam disaran beralih dari simpanan konvensional kepada simpanan shariah memandangkan jurang dividen kini tidak terlalu jauh. 

Perbezaannya semakin mengecil iaitu pada 2023 perbezaan hanya 0.1% sahaja berbanding 0.6% pada 2022. Perbezaan ini adalah yang terkecil dalam sejarah.

Kira – kira 70% pencarum beragama Islam belum beralih dari simpanan konvensional ke simpanan shariah.

Gambar: Perbezaan Agihan Dividen 2022 dan 2023 (Sumber: asratmalaysia)

Kita dapat melihat perbezaan yang semakin mengecil melihat melalui graf di atas.

Gambar: Dividen Tahunan KWSP Mengikut Tahun (Sumber: rnggt)
Dilaporkan sebelum ini antara sebab pencarum belum bertukar ke simpanan shariah kerana pencarum mendapat dividen yang lebih tinggi pada simpanan konvensional berdasarkan data mengikut tahun.

    Namun dengan perkembangan pada tahun 2023 dengan perbezaan dividen yang semakin mengecil tersebut, mungkin akan menggalakkan pencarum mula bertukar dari konvensional ke shariah. Semuanya atas keputusan pencarum sendiri.

      KWSP penting untuk simpanan hari tua, penat lelah hari ini akan terbayar kemudian hari seperti kata pepatah bersusah – susah dahulu, bersenang – senang kemudian.


      SALAMKERJAYA.COM

      Post a Comment

      0 Comments