Pengambilan Jawatan Kosong BOMBA Mac 2024 ~ Mohon Sekarang!

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Tentang JBPM:

Latar Belakang

Tahun 1883:

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula  dengan penubuhan Bomba sukarela negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. 

Tahun 1895:

Menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap. Berkembang di setiap negeri dan diletak dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Tahun 1946:

Selepas Perang Dunia Kedua, 'Malayan Union Fire Services' dibentuk. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan di setiap negeri. Penyelerasan selepas itu dilakukan dengan menubuhkan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Tahun 1976:

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan iaitu tepatnya pada 01 Januari 1976. 

Tahun 1977:

Perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka mengikut jejak langkah penyatuan.

Tahun 1981:

Perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak turut disatukan iaitu pada 15 Mei 1981.

Tahun 1997:

Pada 08 Januari 1997, Jemaah Menteri bersetuju penukaran nama daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pada 21 Februari 1997, YAB Perdana Menteri ketika itu melancarkan penukaran rasmi nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.

Tahun 1998:

JBPM memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba.

Tahun 2005:

JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.


Jawatan Yang Ditawarkan:

Imej: Poster Rasmi Iklan Jawatan Kosong Mac 2024
  • PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) LELAKI TAHUN 2024

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 19 APRIL 2024 (JUMAAT)
Baca Juga:

Kekosongan JBPM Negeri Selangor:

  • Balai Bomba Dan Penyelamat TLK Panglima Garang
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Banting
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sepang
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Dengkil
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Arang
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Bukit Sentosa
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjung Karang
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sekinchan
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Besar
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sabak Bernam
  • Fire Post Pulau Indah

Syarat & Kelayakan:

  • Kelayakan Minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Minimum Ketinggian 157 cm (Lelaki)
  • Minimum Berat 48 kg (Lelaki)
  • BMI 19-26
  • Keutamaan Kepada Warganegara Malaysia dan
  • Menetap Tinggal di Negeri Selangor
  • Sihat tubuh badan & penglihatan
  • Lulus ujian fizikal & pancaindera
  • Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana - mana undang - undang bertulis
  • Bukan dari pesara kerajaan atau bekas anggota pasukan beruniform
  • Bukan dari bekas anggota PBB yang telah berhenti dari perkhidmatannya atau diberhentikan
  • Lelaki sahaja

Faedah & Kelebihan:

  • Elaun RM8.00 / Jam
  • Elaun Penyelenggaraan Pakaian
  • Caruman Insurans Kelompok
  • Elaun Bounty

Cara Memohon Jawatan:

Permohonan Jawatan dibuat melalui Borang Permohonan PBB 3. Pemohon dikehendaki untuk mengisi borang permohonan jawatan

Borang Permohonan (PDF): MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments