GKP 4.0: Semakan & Permohonan Online


Pelaksanaan GKP sebelum ini berjaya menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil. 

Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan GKP 4.0 bagi membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.


Senarai Penerima Layak GKP 4.0

  1. Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  2. Permohonan baru GKP 4.0

Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima

Penerima sedia ada GKP 1.0, 2.0 dan 3.0

  1. RM1,000 (RM500 pada bulan September & RM500 pada bulan November)

Permohonan Baru GKP 4.0

  1. RM1,000 (RM500 pada bulan September & RM500 pada bulan November)

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________


Syarat Permohonan Baru GKP 4.0

1. Berikut dikongsikan syarat-syarat untuk membuat permohonan baru GKP 4.0:

2. Bukan penerima GKP 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini

3. Pemohon adalah Warganegara Malaysia

4. Pemohon menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro seperti berikut:

  1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  2. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang dan tidak termasuk pemilik

5. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021

6. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.


Cara Membuat Permohonan

Permohonan baru GKP 4.0 boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/


Tarikh Permohonan GKP 4.0

Permohonan baru GKP 4.0 akan mula dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

maklumat lanjut dan soalan-soalan berkaitan GKP 4.0, anda boleh KLIK SINI

Post a Comment

0 Comments