Cara Memohon Bantuan Covid-19 RM1,000 Bermula Julai 2021




Selaras dengan inisiatif pakej Kita Selangor 2.0, pihak kerajaan negeri Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000 kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19. Untuk makluman, sebanyak 1,500 keluarga akan menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.


Bagi pengetahuan anda, waris yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19 boleh melakukan permohonan manfaat dari pihak kerajaan negeri ini bermula pada 12 Julai hingga 12 Ogos 2021 menerusi laman sesawang yang telah disediakan. 


Sila ikuti perkongsian di bawah ini untuk ketahui maklumat lanjut permohonan Bantuan Khairat Kematian Negeri Selangor. 


KADAR BANTUAN & KAEDAH PENYALURAN


Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM1,000 

Penyaluran bantuan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap. 

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan sepanjang tempoh berikut: 
  • 12 Julai hingga 12 Ogos 2021 ATAU
  • Tertakluk sehingga jumlah peruntukan habis

SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon (waris terdekat) dan yang meninggal dunia merupakan anak kelahiran negeri Selangor dan menetap di negeri Selangor atau bermastautin di negeri Selangor melebihi 10 tahun. 
  • Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian. 
  • Meninggal dunia di negeri Selangor
  • Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja . 
  • Terhad hanya kepada satu permohonan bagi satu keluarga. 

CARA MEMOHON

Waris yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan ingin mendapatkan bantuan yang ditawarkan boleh melakukan permohonan melalui laman sesawang beikut:
Waris hendaklah memastikan segala keterangan dan dokumen yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat. Pihak kerajaan negeri berhak untuk membatalkan permohonan sekiranya didapati maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau melanggar syarat permohonan. 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus menghubungi talian hotline 24 jam di 1-800-22-6600

Post a Comment

0 Comments