PEMULIH: Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 Tahun 2021



Selaras dengan komitmen pihak kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit sehingga hujung tahun ini melalui pakej baharu iaitu pakej PEMULIH.

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah mengumumkan akan memberikan Bantuan Kehilangan Pekerjaan pada bulan Oktober 2021 kepada individu yang kehilangan pekerjaan. 


BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN


Bantuan kehilangan pendapatan ini akan diberikan kepada mereka yang layak sebanyak:

  • RM500

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan 500 juta ringgit. Bantuan akan mula disalurkan pada: 
  • Oktober 2021

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, pada bulan Oktober nanti sebanyak RM500 akan disalurkan kepada:
  • Pekerja yang kehilangan pendapatan. 
  • Berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Pihak kerajaan sedar bahawa kehidupan ramai di kalangan rakyat yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Semoga dengan adannya bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban kita semua. 

Post a Comment

0 Comments