i-Sinar KWSP: Permohonan Baharu Pengeluaran RM10,000 Jun 2021 Kini Dibuka



Berita baik buat anda yang belum sempat untuk melakukan permohonan i-Sinar KWSP yang lalu kerana kini anda boleh melakukan permohonan baharu i-Sinar KWSP tanpa syarat sehingga tanggal 30 Jun 2021 ini. 


Untuk makluman, permohonan ini terbuka kepada mereka yang belum pernah melakukan permohonan atau pengeluaran i-Sinar KWSP. 


Sila ikuti perkongsian berkaitan tentang permohonan i-Sinar KWSP sehingga RM10,000 yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini. 


CARA PERMOHONAN BAHARU i-SINAR KWSP

  • Sila layari portal rasmi i-Sinar KWSP dan tekan PERMOHONAN BAHARU.
  • Isikan nombor kad pengenalan/MyPR dan nombor telefon bimbit. 
  • Tekan TERUSKAN.
  • Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan ATAU
  • Isikan nombor OTP yang diterima melalui sms dan SAHKAN OTP
  • Tetapkan amaun pilihan
  • Tetapkan bayaran bulan pertama dan kemudian tekan teruskan
  • Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  • Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan teruskan
  • Semak semua maklumat dan tandakan setuju sebelum tekan hantar
  • Permohonan anda telah diterima dan akan diproses. 
__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

__________________________________________________________________________



TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Tarikh akhir untuk permohonan baharu i-Sinar KWSP adalah pada 30 Jun 2021.



SOALAN LAZIM

1. Adakah bayaran interim sebanyak RM1000 masih dibayar?

Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan kadar segera.

2. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan?

Tidak perlu kerana berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di soalan 3.

3. Adakah saya perlu mengemukakan bukti pengurangan pendapatan untuk memohon i-Sinar tanpa kriteria?

Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini. 

Post a Comment

0 Comments