Anda Salah Pilih Pakej Jaringan Prihatin? Ini Cara Penyelesaian!




Ramai yang membuat kesilapan semasa pendaftaran bantuan Jaringan Prihatin dengan tergesa-gesa tanpa membuat perbandingan dan pilhan yang tepat. 

Oleh itu, jika anda ingin bertukar tawaran ke syarikat telekomunikasi lain setelah berdaftar dengan syarikat yang sebelum ini, anda dibenarkan berbuat demikian sebanyak 3 kali sahaja.

CARA UNTUK MEMBUAT PEMBATALAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembatalan dan pendaftaran semula syarikat telekomunikasi:

1. Hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin.

2. Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.

3. Lakukan pendaftaram semula dengan syarikat telekomunikasi baharu selepas 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

Info penuh mengenai Program eBelia PEMERKASA, anda boleh rujuk DISINI





Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat pendaftaran Jaringan Prihatin, anda boleh hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat 

Post a Comment

0 Comments