[RASMI] : Bantuan Kredit eWallet RM150 Untuk Golongan B40 Tahun 2021

 


Untuk pengetahuan anda semua, semasa pembentangan Bajet 2021 sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan akan pemberian Bantuan Kredit eWallet RM100 kepada mereka yang layak. 


Namun, terdapat satu berita baik yang mana Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahbaikan Bantuan Kredit eWallet dengan penambahan nilai bantuan sehingga RM150 pada Mac yang lalu.


BANTUAN KREDIT EWALLET RM150



Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA telah diumumkan oleh PM sebagai salah satu inisiatif untuk pemulihan ekonomi dalam merancakkan kembali ekonomi negara susulan penularan wabak pandemik Covid-19.


Dan melalui program PEMERKASA, pihak kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan Program eBelia yang merupakan program khusus untuk golongan berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). 


Setiap mereka yang layak akan menerima bantuan kredit e-wallet RM150 setiap seorang secara one-off dengan jumlah keseluruhan membabitkan sehingga RM300 juta. 


JUMLAH BANTUAN EBELIA


Setiap belia yang layak termasuk para pelajar IPT akan menerima kredit ewallet RM150 secara sekaligus. Untuk makluman anda, tujuan utama pemberian bantuan dalam bentuk ewallet ini adalah untuk membudayakan pembelian tanpa tunai dalam membeli barangan seharian. 


SYARAT KELAYAKAN


Antara syarat kelayakan yang telah ditetapak adalah:

  • Mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Mereka yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

CARA PENEBUSAN KREDIT EWALLET

Buat masa ini, pihak kerajaan masih lagi belum mengumumkan cara untuk memohon dan menebus bantuan kredit ini. 

Namun demikian, jika dilihat kepada pemberian eWallet sebelum ini, ianya akan disalurkan secara terus melalui GrabPay, BoostPay atau TouchnGo eWallet. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua...


Post a Comment

1 Comments

  1. status berkahwin dulu dot kini bercerai ..? tak dapat pun bantuan dr kerajaan. tak adil...

    ReplyDelete