[RASMI] : Cara Mohon Bantuan JKM Kanak-Kanak 2021 ~ Maksimum Terima Sehingga RM1,000

Berita baik buat anda semua, bermula pada tahun 2021 ini Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan daripada jumlah sebelumnya seperti apa yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 yang lalu.
Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh YB DS Rina Binti Mohd Harun yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui siaran beliau di laman Facebook.
Sila ikuti segala perkongsian dan maklumat penuh berkaitan dengan Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini. Semoga bermanfaat.
KADAR BANTUAN JKM KANAK-KANAK 2021
Untuk makluman, kadar bantuan JKM Kanak-kanak bakal dinaikkan mengikut kepada ketetapan yang berikut.
Jumlah Bantuan Lama:
- Maksimum bagi seorang anak bakal menerima RM100
- Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun bakal menerima RM150 (sebulan) seorang
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang
- Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan
- Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun dan keatas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
- Mana-mana kes yang bekeperluan layak dipertimbangkan dengan mendapat kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
- Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus tekan pada pautan ini http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian
- Pada halaman seterusnya, pilih Negeri dan sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan butang Daftar
- Sila masukkan segala maklumat yang lain yang berkaitan
- Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dilakukan secara atas talian. Kegagalan anda untuk berbuat sedemikian akan membatalkan permohonan anda secara automatik.
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
- Salah satu bil utiliti (air / telefon / elektrik / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - klik dan muat turun DI SINI
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 - klik dan muat turun DI SINI
Post a Comment
0 Comments