[RASMI] : Permohonan KWSP i-Sinar Akaun-1 Kini Dibuka ~ Ketahui Cara Melakukan Permohonan Di Sini
Berita baik buat para pencarum dan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana kemudahan i-Sinar secara rasminya telah dibuka pada hari ini. Kemudahan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat serta masyarakat yang mengalami pendapatan terjejas akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini.
Untuk pengetahuan anda, kemudahan i-Sinar ini telah dibahagikan kepada dua kategori. Kepada para pencarum yang ingin melakukan pengeluaran wang simpanan menggunakan kemudahan i-Sinar ini, anda adalah dinasihatkan untuk melakukan semakan terhadap dua kategori pemohon yang dilayakkan oleh pihak KWSP terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan. Maklumat berkaitan dua katergori kemudahan i-Sinar itu anda boleh dapatkan dengan klik DI SINI.
CARA MEMOHON
Berikut adalah merupakan cara melakukan permohonan untuk kemudahan i-Sinar KWSP:
- Layari portal rasmi i-Sinar KWSP - klik DI SINI
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan nombor telefon anda. Kemudian klik Teruskan.
- Isikan Nombor OTP yang telah dihantar melalui SMS dan SAHKAN OTP atau jawab semua Soalan Keselamatan untuk pengesahan.
- Pilih amaun yang anda inginkan.
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan klik Teruskan.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan klik Teruskan.
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan HANTAR.
- Permohonan anda telah berjaya dihantar dan akan diproses.

Post a Comment
0 Comments