[BELANJAWAN 2021] : Bantuan RM180 Untuk Golongan B40 Membeli Telefon Baru Mulai 2021 - Salam Kerjaya!

Breaking

Monday, November 9, 2020

[BELANJAWAN 2021] : Bantuan RM180 Untuk Golongan B40 Membeli Telefon Baru Mulai 2021



Kerajaan  telah memperuntukkan wang berjumlah RM1.5 bilion bagi tujuan melaksanakan Program Jaringan Prihatin untuk mengurangkan beban kewangan yang dialami oleh golongan B40 untuk mendapatkan kemudahan internet. 


BANTUAN RM180 UNTUK PEMBELIAN TELEFON BIMBIT BARU

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengatakan bahawa bermula pada suku pertama 2021, kira-kira 8 juta penerima daripada golongan B40 akan menerima inisiatif bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.


Selain itu, beliau turut berkata bahawa bantuan tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.


"Pada masa yang sama juga, syarikat telekomunikasi akan menyediakan faedah dan manfaat yang bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma," kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada jumaat lalu.


DAPAT MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT

Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataannya berkata bahawa program ini dapat mengurangkan beban kewangan yang dialami oleh rakyat dalam kemudahan mendapatkan internet apabila setiap orang yang layak bakal menerima sebanyak RM180 untuk dibelanjakan.


"Ianya boleh digunakan untuk tujuan perbelanjaan langganan internet ataupun menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.


"Ditambah pula sumbangan RM1.5 bilion daripada pihak industri kepada golongan sasaran yang sama," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Kenyataan tersebut berkata, peruntukan RM9.4 bilion dalam Belanjawan 2021 adalah bertujuan untuk membangunkan strategi digital nasional holistik merentasi sektor industri dan rakyat.


Hal ini turut selaras dengan hasrat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menjadikan internet sebagai utiliti ketiga sama seperti kemudahan air dan elektrik.


INISIATIF PELAN JALINAN DIGITAL NEGARA (JENDELA)

"Di bawah Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pula, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta bagi memastikan kesalinghubungan dengan 430 sekolah di seluruh negara untuk tujuan pembangunan generasi akan datang.


"RM42 juta bakal diperuntukkan bagi tujuan menambah baik jaringan internet di 25 kawasan perindustrian untuk meningkatkan daya tarik para pelabur di bawah pelan sama.


"SKMM akan memberi peruntukan sebanyak RM7.4 bilion bagi tahun 2021 dan 2022 untuk perluasan perkhidmatan jalur lebar terutamanya di kawasan luar bandar. Industri bakal melabur di kawasan bandar dan pinggir bandar," katanya.


Sumber : BHarian

3 comments: