BELANJAWAN 2021 : Bantuan Prihatin Rakyat Berjumlah RM800 - RM1,800 ~ Individu Bujang Terima RM350


Semalam telah berlangsungnya pembentangan bajet 2021 yang telah diumumkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik. 

Berikut adalah beberapa bantuan yang telah diumumkan semalam.

BANTUAN RM1,200 RINGGIT 

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan berkata, bagi kategori isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 ringgit. 

BANTUAN RM1,800 RINGGIT

Manakala bagi mereka isi rumah yang mempunyai dua orang anak ataupun lebih akan menerima inisiatif bantuan sebanyak RM1,800 bagi mereka yang berkelayakan.

BANTUAN RM800 RINGGIT

Seterusnya, bagi mereka yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM2,501 sehingga RM4,000 dan mempunyai seorang anak, mereka akan menerima inisiatif bantuan BPR berjumlah RM800 akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

BANTUAN RM1,200 RINGGIT

"Bagi isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1,200," kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan bajet belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam.

BANTUAN RM500 DAN RM750 RINGGIT

Selain itu, Tengku Zafrul juga menyatakan bahawa pihak kerajaan akan memberikan bantuan kepada kumpulan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM4,001 sehingga RM5,000.

Tambahnya lagi, golongan kategori ini akan menerima RM500 bagi mereka yang mempunyai seorang anak dan bantuan berjumlah RM750 kepada golongan isi rumah yang mempunyai dua orang anak ataupun lebih. 

BANTUAN BUJANG BERNILAI RM350 RINGGIT

Tengku Zafrul juga mengatakan bahawa bagi mereka yang individu bujang dan berpendapatan RM2,500 kebawah, mereka akan menerima bantuan berjumlah RM350 bagi mereka yang berkelayakan.

"Tidak sekadar itu sahaja, beliau juga mengatakan bahawa had umur kelayakan untuk mereka yang kategori individu bujang akan diturunkan kepada 21 tahun berbanding dengan syarat kelayakan umur sebelum ini yang mana haruslah berumur 40 tahun."

"Secara keseluruhannya, pemberian BPR kali ini dijangka akan memberikan manfaat kepada 8.1 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM6.5 billion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan sebanyak RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH," katanya semalam.


Sumber : Harian Metro



Post a Comment

0 Comments