Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome



Bagi yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, anda boleh mengemukakan permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 di bawah skim MyHome BSN.

Menerusi skim ini, diharapkan golongan bujang dan yang sudah berkahwin mampu untuk membeli rumah pertama mereka dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan Skim Perumahan Belia BSN MyHome.

Dana subsidi sebanyak RM200 setiap bulan sepanjang 2 tahun pertama turut disediakan.

Contohnya jika bayaran bulanan rumah RM1,500 sebulan, jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,300 bagi tempoh 2 tahun pertama.

Namun skim SPB 2020 adalah terhad dan ditawarkan bagi 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ – juga seperti skim MyDeposit.

Baca juga : Permohonan Skim Rumah Pertamaku

SKIM PERUMAHAN BELIA BSN


Skim ini bukanlah gula-gula atau janji sempena PRU. Skim ini sudah lama diperkenalkan cuma tidak dipromosikan secara meluas.

Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah:

  • Kemudahan ini ditawarkan bagi membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.

  • 100% pengecualian untuk duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik serta perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.00
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan bagi tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual
Skim ini sesuai bagi hartanah dari RM100,000 – RM500,000.

Tempoh pinjaman bermula dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur yang tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar faedah pula seperti yang ditetapkan di portal rasmi BSN iaitu:

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil serta lokasi hartanah pelanggan.

  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif iaitu BR + 0.80%*.
  • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

CARA dan SYARAT PERMOHONAN SPB 2020



Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.00
  4. Pembeli rumah pertama sahaja
Beberapa dokumen yang diperlukan perlu disertakan bagi permohonan seperti yang berikut:
  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA / EC
Bagi yang sedang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  • Dokumen – dokumen lain (jika perlu)
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik sini untuk memohon.

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau basic 1500 rasa² boleh mohon tak ??

    ReplyDelete
  2. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete