Jawatan Kosong BOMBA Mei 2024 ~ Minima Kelayakan PMR!

Iklan Jawatan Kosong Tahun 2024: Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Maklumat Syarikat/Institusi/Jabatan:

Nama Syarikat: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Tentang JBPM:

Latar Belakang

Tahun 1883:

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula  dengan penubuhan Bomba sukarela negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. 

Tahun 1895:

Menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap. Berkembang di setiap negeri dan diletak dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Tahun 1946:

Selepas Perang Dunia Kedua, 'Malayan Union Fire Services' dibentuk. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan di setiap negeri. Penyelerasan selepas itu dilakukan dengan menubuhkan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Tahun 1976:

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan iaitu tepatnya pada 01 Januari 1976. 

Tahun 1977:

Perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka mengikut jejak langkah penyatuan.

Tahun 1981:

Perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak turut disatukan iaitu pada 15 Mei 1981.

Tahun 1997:

Pada 08 Januari 1997, Jemaah Menteri bersetuju penukaran nama daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pada 21 Februari 1997, YAB Perdana Menteri ketika itu melancarkan penukaran rasmi nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.

Tahun 1998:

JBPM memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba.

Tahun 2005:

JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.


Jawatan Yang Ditawarkan:

Imej: Poster Rasmi Iklan Jawatan Kosong BOMBA Mei 2024
  • PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) LELAKI TAHUN 2024

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 10 MEI 2024 (JUMAAT)
Baca Juga:

Kekosongan JBPM Negeri Perak:

  • Balai Bomba Dan Penyelamat Tawar
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Kurau
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Kampung Gajah
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjung Malim
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Slim River
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Bidor
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Hutan Melintang
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Hulu
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Gopeng
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Pangkor
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Trong
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Sg. Siput
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Parit

Syarat & Kelayakan:

  • Kelayakan Minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Minimum Ketinggian 157 cm (Lelaki)
  • Minimum Berat 48 kg (Lelaki)
  • BMI 19-26
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan & penglihatan
  • Berumur 18-45 tahun

Cara Memohon Jawatan:

Permohonan Jawatan dibuat melalui Borang Permohonan PBB 3. Pemohon dikehendaki untuk mengisi borang permohonan jawatan dengan lengkap melalui link google form rasmi yang diberikan. 

Boleh scan QR Code Borang Permohonan atau tekan link dibawah yang admin telah sediakan.


Imej: Poster Permohonan Jawatan BOMBA Mei 2024

Borang Permohonan (Google Form): MOHON DISINI

____________________________________________________________
Salamkerjaya.com adalah sebuah platform khas yang disediakan buat para pencari kerja untuk menemukan kerjaya yang diimpikan. Kongsikan informasi kerjaya di platform ini kepada keluarga, teman dan sahabat agar semua dapat melihat, meneroka dan seterusnya menceburi kerjaya idaman.
=========================================

Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya

1. PERMULAAN 
  • Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
  • Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
2. RESUME
  • Sediakan resume yang menarik.
  • Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
3. MEDIA SOSIAL
  • Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
4. PERMOHONAN
  • Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan  yang padat informasi kerjaya terkini.
5. TEMUDUGA
  • Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga. 
  • Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.                                
     Pada hari temuduga, anda mestilah:
  • Berpakaian Kemas
  • Tiba lebih awal dari waktu temuduga
  • Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
6. TAWARAN KERJA
  • Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
  • Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
  • Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.


SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments