Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,200 Sempena Perayaan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu.

Sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada semua anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang menjadi tulang belakang kerajaan negeri, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mengumumkan pemberian BKKA.

Bonus Setengah Bulan Gaji Minimum RM1,200 Dibayar 15 Mac Ini

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi, BKKA akan diberikan kepada penerima pada 15 Mac ini. Beliau berkata, jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk BKKA adalah sebanyak RM7.44 juta.

“Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri, kerajaan negeri telah meluluskan bayaran khas BKKA untuk tahun ini. Bayaran ini adalah sebanyak setengah bulan gaji dengan minimum RM1,200 bagi setiap anggota perkhidmatan awam negeri.

Baca Juga:

Bantuan Diperluaskan Kepada PBT, Guru KAFA

“Dalam pada itu, BKKA ini turut diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing,”

Kon Yeow juga memaklumkan, serentak dengan itu juga, BKKA sebanyak RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Beliau juga berkata, bantuan khas itu juga akan dibayar kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)

selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

SUMBER: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments