TERKINI : Tarikh Pembayaran Bantuan Khas RM700 Untuk Rakyat Malaysia Diumumkan!




Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan RM350 melalui Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang berkelayakan.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini

Penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 & RM350

Menurut kenyataan Kerajaan pada bulan Ogos lalu, pembayaran BKK RM700 ini akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah.

Manakala, RM350 pula diberikan kepada para pesara dan veteran Kerajaan tidak berpencen. Semua pembayaran ini akan membabitkan implikasi kewangan kepada sebanyak RM1.3 bilion

Baca Juga:

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.

Pembayaran akan dilaksanakan pada bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima BKK setengah bulan gaji yang mana pembayarannya akan dibuat dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.

Post a Comment

0 Comments