BKM Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima - Semak Sekarang!



September lalu, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 telah selesai diberikan kepada penerima yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu telah memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang layak. Tahniah kepada anda yang berjaya.

Seperti yang anda tahu, bayaran BKM akan melalui 4 fasa bayaran, dan pada Disember nanti bayaran Fasa keempat akan dilaksanakan. Berapa kadar dan jumlah bayaran yang diberikan?

Berikut adalah jadual penuh kadar bayaran yang diterima. Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 - RM 2,500)
  • Tiada Anak - RM 300
  • 1-2 Anak - RM 600
  • 3-4 Anak - RM 900

- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 - RM 5,000)
  • Tiada Anak - RM 100
  • 1-2 Anak - RM 200
  • 3-4 Anak - RM 300

2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)

- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 - RM 2,501)
  • Tiada Anak - RM 300
  • 1-2 Anak - RM 600
  • 3-4 Anak - RM 900

- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 - RM 5,000)
  • Tiada Anak - RM 100
  • 1-2 Anak - RM 200
  • 3-4 Anak - RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak - Tiada Had Umur

- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 - RM 2,501)
  • 1-2 Anak - RM 600
  • 3-4 Anak - RM900

- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 - RM 5,000)
  • 1-2 Anak - RM 200
  • 3-4 Anak - RM 300

4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak - 59 tahun dan ke bawah

- Pendapatan (RM 0 - RM 2,500)
  • TIADA BAYARAN

5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak - 60 Tahun dan ke atas

- Pendapatan (RM 0 - RM 5,000)
  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran fasa ke-4 akan dilaksanakan pada
  • Disember 2022.

Tarikh rasmi bayaran belum diketahui lagi. Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

SEMAKAN BKM FASA 4

Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Post a Comment

0 Comments