Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri 2022




Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 ahli bagi tujuan membina rumah atau membeli rumah. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan pengeluaran ini:

Syarat Pengeluaran bagi Membina Rumah

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara;
  • Umur bawah 55;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
  • Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut;
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan;
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.

Syarat Pengeluaran bagi Membeli Rumah

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara;
  • Umur bawah 55;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
  • Membeli rumah kediaman;
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pengeluaran ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui e-pengeluaran di portal i-Akaun KWSP.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual melalui kaunter cawangan KWSP di seluruh negara dengan membawa dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan.

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI
.

Post a Comment

0 Comments