Semakan Online
RASMI : Bantuan Laptop Percuma Untuk Golongan B40 Disalurkan Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!
Untuk makluman anda, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah membuat keputusan untuk membuka kembali permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas.
Dengan itu, tarikh penerimaan peranti telah dimaklumkan melalui sidang media tersebut. Anda boleh mengikuti maklumat penuh melalui laman salamkerjaya ini.
PENGENALAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Tujuan bantuan pihak kerajaan ini adalah untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program ini akan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara. Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.
KELAYAKAN MINIMA
Yang layak untuk menerima tablet percuma ini adalah mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak untuk memohon inisiatif ini.
Inisiatif ini juga telah melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan serta ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
PERANTI YANG DIBEKALKAN
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti yang berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan
TARIKH PERMOHONAN
Untuk tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Terkini, KOMM membuat keputusan untuk membuka lagi permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Permohonan PerantiSiswa untuk fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.
CARA MOHON
Harus diingatkan permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat dengan menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) iaitu di pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Anda Juga Boleh Rujuk Manual Pengguna: ManualPenggunaPerantisiswa
SEMAKAN STATUS KELULUSAN
Makluman untuk keputusan, e-mel akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.
TARIKH MENERIMA PERANTI
Kumpulan pertama dijangka akan menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua iaitu pada Jun, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Peranti akan mula diagihkan melalui dua sesi, iaitu:
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan juga KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
SYARAT KELAYAKAN
Pemberian satu unit peranti adalah untuk pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti yang berikut:
Peranti mestilah dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:

- Sesi pertama – yang membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data yang lengkap.
- Sesi kedua – bagi kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan juga KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
SYARAT KELAYAKAN
Pemberian satu unit peranti adalah untuk pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah.
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Tidak pernah menerima sebarang bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
- Inisiatif ini hanya akan melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
- Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan hendaklah diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
- Untuk penerima peranti mestilah melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut dengan melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
- Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang telah diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti bagi menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa sahaja.
- Penerima peranti bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
- Penerima peranti juga hendaklah memastikan peranti yang diterima tidak mempunyai sebarang contengan, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
- Penerima peranti mestilah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
- Peranti mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kegunaan pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
- Kepada penerima peranti yang melanggar sebarang syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti yang disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
- Penerima peranti tertakluk kepada terma dan syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
- Menamatkan pengajian.
- Berhenti pengajian.
- Dibuang pengajian.
- Menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara.
- Melanggar sebarang syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempnyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau dengan melalui talian berikut:
Sekiranya anda mempnyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau dengan melalui talian berikut:
- 03-8911 5351
- 03-8911 5258
- 03-8911 5265
- 03-8911 5188
Post a Comment
0 Comments