RASMI : Bantuan Kewangan RM1,200 Setiap Bulan Untuk Golongan Belia Di Malaysia




Kerajaan Malaysia telah melaksanakan sebuah program iaitu Bantuan Belia khusu untuk semua para belia yang menganggur atau masih belum mendapat pekerjaan. Pelaksanaan program kerajaan ini amat bersesuaian dan tepat bagi membantu meningkatkan mutu kualiti setiap belia sebelum mereka menempuh alam kerjaya yang lebih berat dan mencabar di samping meningkatkan kepercayaan majikan terhadap mereka.

TUJUAN BANTUAN

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai kerja tetap. Juga untuk membantu belia tambah pengalaman dalam pekerjaan serta tingkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

MAKLUMAT BANTUAN

Antara insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini adalah:
  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
  • Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
  • Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif

SYARAT KELAYAKAN

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs - klik DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk di bawah:

Post a Comment

0 Comments