Permohonan Online
TERKINI : Cara Memohon Duit Bantuan Perkeso Untuk Pekerja Yang Mendapat MC/Cuti Sakit Tahun 2022
Berita baik untuk semua, pihak Perkeso telah melancarkan program JOM Claim Duit Bantuan Perkeso untuk sesiapa yang dapat MC atau cuti sakit. Alhamdulillah, satu demi satu program telah dilancarkan oleh Pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial dengan harapan ia mampu menyediakan program kebajikan yang terbaik kepada ahli-ahlinya seperti anda di sini.
Selepas ini jika anda mendapat Medical Certificate atau Sijil Sakit, anda kini boleh membuat tuntutan daripada pihak PERKESO. Untuk makluman, program ini diletakkan di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau nama lainnya Employment Insurance Scheme (EIS) dan juga Skim Keilatan (Invalidity Scheme).
Kami akan berkongsi kepada anda panduan lengkap untuk membuat tuntutan daripada pihak PERKESO bagi mereka yang layak mendapat MC/CUTI SAKIT.
Cara Membuat Tuntutan Cuti Sakit Perkeso Kerana MC
1) Pastikan anda mendapat cuti sakit atau MC.
2) Anda perlu pastikan MC yang anda terima adalah melibatkan beberapa kes dan kejadian yang berlaku terhadap anda sehingga mendapat cuti sakit seperti:
- Anda mengalami kecederaan mahupun kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, dalam perjalanan dalam urusan kerja, dalam perjalanan semasa rehat di waktu kerja
- Anda mendapat rawatan yang sah di klinik swasta, klinik kesihatan ataupun hospital kerajaan.
3) Kemudiaan anda perlu memuat turun dan isi Borang 34 Perkeso dengan lengkap bagi membantu anda claim dengan PERKESO.
4) Manakala dipihak majikan anda, boleh terus log masuk untuk membuat permohonan secara online di sini https://faedah.perkeso.gov.my/
Muat Turun Borang 34 Perkeso
Seperti semua sedia maklum selain untuk kes jangkitan positif covid 19, borang 34 perkeso ini juga digunakan untuk tujuan tuntutan disebabkan kematian, ilat, kemalangan dan penyakit.
Jadi cara isi adalah sama, cuma pilihan tuntutan adalah berbeza. Anda boleh buat permohonan samada secara online atau terus dapatkan borang di pejabat socso yang terdekat dengan anda.
Anda boleh memuat turun Borang 34 Perkeso DISINI
Post a Comment
0 Comments