Permohonan Online
TERKINI : Permohonan Bantuan Tunai Untuk Pendaftaran IPT Sehingga RM2000 Tahun 2022
Untuk makluman, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah telah membuka permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) kepada anak-anak Negeri Sabah.
Bantuan ini akan diberikan secara tunai kepada anak-anak Negeri Sabah yang ingin membuat pendaftaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 2022.
Tawaran bantuan BUDI ini dibuat untuk mereka yang bakal memasuki peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat tentang bantuan BUDI untuk anak-anak Negeri Sabah.
Kadar Bantuan Tunai
- RM1,500 bagi Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi.
- RM2,000 bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Permohonan
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bantuan BUDI :
- Terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia (Sabah/Sarawak/Semenanjung) dan diiktiraf oleh kerajaan.
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia dan berasal dari Negeri Sabah
- Berumur tidak lebih 25 tahun.
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.
- Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.
Cara Memohon
Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan :
- Layari laman web di pautan https://budi.sabah.gov.my/.
- Tekan butang ‘Permohonan.’
- Tekan butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan.
- Isi maklumat dengan lengkap dan tekan butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Kemudian sediakan dokumen sokongan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
- Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.
- Salinan muka depan penyata akaun pemohon.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut mengenai bantuan BUDI, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872.
Post a Comment
0 Comments