Borang Permohonan Rayuan BKM RM2,000 Tahun 2022




Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi rayuan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang tidak lulus untuk semakan BKM Fasa 1 2022.

Seperti yang maklum, BKM telahpun dibayar pada 28 Mac 2022 bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Bayaran RM100 hingga RM300 fasa 1 dibayar berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.

TARIKH RAYUAN BKM

Sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
  • Pemohon berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  • Pemohon berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan untuk tambahan anak, perubahan pendapatan dan perubahan status perkahwinan sahaja.


TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat pada tarikh berikut:
  • Dalam talian – 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
  • Secara manual (di kaunter) – 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM

Untuk makluman, bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1, atau berstatus TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat rayuan.

Anda boleh semak status untuk mengetahui sebab dan sebab Tidak Lulus BKM.

a) Buat permohonan secara online di:

b) Serahkan Borang Rayuan BKM 2022 ke:
  • Cawangan LHDNM
  • Pejabat Satelit (PS)
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH)
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara online kerana lebih mudah, cepat dan selamat.
FAQ & Soalan Lazim

Soalan lazim tentang rayuan BKM 2022 anda boleh rujuk DI SINI.

Post a Comment

0 Comments