TERKINI : Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Fasa 2




Para pencarum KWSP berasa gembira kerana pembayaran untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 sudah mula dibayar bermula 18 April lalu. Rata-rata pencarum bersyukur kerana dengan pengeluaran khas ini, mereka dapat membuat persiapan raya dan menggunakan duit pengeluaran untuk perkara-perkara yang penting.

Namun begitu tahukah anda? terdapat 1 kategori permohonan yang akan menerima bayaran selepas hari raya ini? Kami kongsikan kepada anda kategori permohonan ini.

Pemohon Yang Terima Bayaran Selepas Hari Raya (Fasa 2)

Bagi permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat dari 28 April 2022 dan ke atas, mereka hanya akan menerima bayaran pada 5 Mei 2022.

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh laman web rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di laman sosial facebook mereka.

Maksudnya, bagi mereka yang ingin membuat permohonan baru bermula 28 April ini, mereka hanya akan menerima bayaran selepas raya.

Bila Tarikh Pembayaran Permohonan Pengeluaran Khas Yang Lain?

Bagi mereka yang sudah membuat permohonan 27 april dan ke bawah, pembayaran akan dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran untuk para pemohon 28 April dan ke atas dibuat pada:
  • 5 Mei 2022

Bayaran Pengeluaran Khas Secara One-Off

Pembayaran pengeluaran khas ini akan dilaksanakan secara sekali bayaran sahaja atau istilahnya one-off sahaja.

Maksudnya sekiranya anda membuat pengeluaran sebanyak RM10,000, anda akan terima bayaran RM10,000 sekaligus sahaja. Tiada lagi pembayaran secara berperingkat-peringkat seperti pembayaran pengeluaran dulu.

Cara Pembayaran Awal Mengikut Batch

Ramai yang keliru, bilakah tarikh pembayaran KWSP mereka mengikut batch? Kami kongsikan kepada anda cara pembayaran mengikut batch dan tarikh masing-masing:
  • Batch 21 April - 18 hb
  • Batch 23 April - 20 hb
  • Batch 24 April - 21 hb
  • Batch 25 April - 22 hb
  • Batch 28 April - 25 hb
  • Batch 29 April - 26 hb

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

  • Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik ‘Teruskan’
  • Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  • Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  • Isi No Telefon Bimbit
  • Sahkan Captcha
  • Klik ‘Semak Status’
  • Keputusan Permohonan Dipaparkan
  • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  • Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  • Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/mohonkerjaya
  • Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  • Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.

Post a Comment

0 Comments