MGID ads

Pengeluaran Khas KWSP: Apa Maksud Status 'Permohonan Diterima'. Adakah anda lulus atau sebaliknya?




Sejak pautan semakan status pengeluaran khas dibuka pada tengah malam 9 April 2022, ribuan ahli telah melakukan semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas KWSP kali ini.

Pengeluaran Khas merupakan program yang diumumkan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan ekoran pandemik yang telah melanda negara sejak dua tahun kebelakang.

Sejak 9 April lalu terdapat sebilangan besar ahli seakan 'tidak faham' ataupun 'tidak yakin' akan keputusan semakan status yang dipaparkan.

'PERMOHONAN DITERIMA' BERMAKSUD LULUS PENGELUARAN

Sekiranya hasil semakan status yang anda lakukan memaparkan nama anda serta teks 'Permohonan Diterima', ini bermakna permohonan pengeluaran khas anda adalah 'lulus' dan anda layak untuk menerima pengkreditan amaun pengeluaran secara one-off pada 20 April 2022.

Contohnya, sekiranya anda memohon amaun RM9,000 semasa permohonan Pengeluaran Khas, kemudian paparan pada semakan status menyatakan 'Permohonan Diterima', ini bermakna anda akan menerima bayaran RM9,000 secara one-off pada 20 April 2022.

Tahniah kami ucapkan!


Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10 malam. Melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.

KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohonan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di mingguankerja akan berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.

CARA SEMAK STATUS LULUS PENGELUARAN KHAS KWPS RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
  • Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik ‘Teruskan’
  • Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  • Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  • Isi No Telefon Bimbit
  • Sahkan Captcha
  • Klik ‘Semak Status’
  • Keputusan Permohonan Dipaparkan
  • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  • Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  • Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/mohonkerjaya
  • Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  • Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan

Baca Juga: Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS

Post a Comment

0 Comments