KWSP 10K: Butiran Lengkap Diumum Tengku Zafrul





KUALA LUMPUR: Butiran terperinci mengenai pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Hal itu dimaklumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

BUTIRAN LENGKAP KWSP RM10,000

"Susulan kepada pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan KWSP sehingga RM10,000 pada hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa butir-butir mengenai pengeluaran tersebut akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat," kata Tengku Zafrul dalam hantaran di Facebook.

BACA JUGA: KERAJAAN BERSETUJU MEMBENARKAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000


PENGELUARAN KHAS RM10,000 KWSP

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.

"Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

"Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan," kata beliau dalam sidang media khas pada Rabu.



Post a Comment

0 Comments