Cara Login Portal Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Secara "One-Off" Melalui Akaun 1

Berita baik bagi semua para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada akaun KWSP anda, portal pengeluaran khas akan menjadi medium utama dalam urusan pengeluaran KWSP RM10,000 yang baru. 

Pihak KWSP telah mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022. 

Berikut kami kongsikan tentang cara login portal khas pengeluaran khas wang KWSP RM10,000.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

CARA LOGIN PORTAL PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Anda boleh melayari portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau kios KWSP sebelum anda membuat permohonan pengeluaran. Namun, portal khas ini hanya boleh dilayari bermula pada 1 April nanti.


Namun, para pencarum digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau Kios KWSP sebelum membuat sebarang permohonan pengeluaran.

TARIKH PENTING PERMOHONAN & PEMBAYARAN

Melalui kenyataan yang dilakukan oleh pihak KWSP pada 16 Mac 2022, mereka telah menyatakan bahawa permohonan untuk Pengeluaran Khas KWSP ini dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun pada tarikh berikut: 
  • Tarikh Permohonan: 1 April 2022 hingga 30 April 2022
  • Tarikh Semakan Status: 9 April 2022
  • Tarikh Pembayaran: Bermula pada 20 April 2022

KAEDAH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Untuk makluman anda, pihak KWSP telah mengesahkan bahawa bayaran Pengeluaran Khas KWSP akan dilakukan seperti berikut: 
  • Pembayaran dibuat SEKALI BAYARAN sahaja.
  • Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. 
Ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN.

SEMAKAN BAKI AKAUN KWSP

Sebelum anda mengemukakan permohonan, anda digalakkan untuk menyemak baki simpanan akaun KWSP mereka terlebih dahulu melalui beberapa kaedah berikut: 
  • i-Akaun (Ahli) atau
  • Aplikasi mudah alih i-Akaun atau
  • Kiosk KWSP
Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka. 

TUJUAN UTAMA PENGELUARAN WANG KWSP RM10,000

Tujuan utama pengeluaran khas ini adalah untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan dan cabaran mendesak hari ini. Para pencarum juga diingatkan agar mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.



Post a Comment

0 Comments