Cara Claim RM400 Kredit Shopee April 2022 Untuk Rakyat Malaysia





Kerajaan kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

Untuk makluman, program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia mengalakkan lebih ramai penggua mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.

Berikut adalah merupakan maklumat lanjut tentang bagaimana cara menebus baucar diskaun RM400.

APA ITU PROGRAM SAVE 3.0?

Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:
  • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  • Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

DUA KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0

Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk


KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

CARA PENEBUSAN

Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:





Untuk maklumat lanjut, layari:

TEMPOH PENEBUSAN

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.

Post a Comment

0 Comments