Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 3 Bulan Bermula Januari 2022 - Mohon Sekarang!




Tahukah anda? PSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar akan memberikan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat pandemik yang melanda negara.

Majikan yang mengalami penurunan pendapatan 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan layak untuk memohon subsidi upah.

SIP Subsidi Upah bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.



Rujuk info selanjutnya tentang SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) melalui artikel ini.

APA ITU SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)?

PSU adalah merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Tujuannya adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi serta penutupan operasi semasa PKP agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program ini ditambahbaik dengan tiada penetapan had gaji pada PSU 4.0 dan dikekalkan di bawah PSU 5.0 namun terhad kepada 500 pekerja setiap permohonan.

Majikan juga perlu memasukkan maklumat Subsidi Upah dalam slip gaji pekerja atau memberi notis secara bertulis kepada pekerja berkenaan berkaitan subsidi upah yang diterima untuk membayar gaji pekerja.



TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, PSU 5.0 akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022 dan berakhir pada 31 Mac 2022.

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui pautan - klik DI SINI

Dokumen yang diperlukan ialah:
  • Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan).
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No Akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan.
  • Akaun pengisytiharan PSU 5.0

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang PSU 5.0 boleh klik DI SINI. Sebarang aduan ataupun pertanyaan, sila kemukakan di pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/

Post a Comment

0 Comments