Permohonan Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kini Dibuka!

 




Tahukah anda bahawa pihak kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah yang mana ianya bertujuan untuk membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama idaman mereka.

Berikut adalah merupakan maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan Skim Pinjaman Perumahan RM60,000 yang perlu anda ketahui

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 - 71 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
  • Belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga sendiri.

SYARAT PINJAMAN

Berikut adalah merupakan syarat pinjaman yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan:
  • Had pinjaman maksimum adalah RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran.

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA
  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 - 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 - 35 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua sahaja.
  • Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon.

SYARAT CAGARAN TANAH

Mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.

Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.

Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut:
  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

SYARAT PEMBINAAN RUMAH
  • Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 - 1,000 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur).
  • Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja dan tidak boleh menggunakan pelan sendiri.
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  • Mempunyai pendaftaran Syarikat atau perakuan CIDB yang masih sah.
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000.
  • Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

CARA MEMOHON

Isi borang permohonan dan hantar ke alamat yang tertera pada muka depan borang permohonan.

Borang permohonan boleh dapatkan DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan skim bantuan perumahan, anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persiapan Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.

Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my

Post a Comment

0 Comments