Perdana Menteri Umum Bantuan RM1,000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir


Pihak kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini. 


BANTUAN RM1,000 UNTUK MANGSA BANJIR 

Untuk makluman, bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan yang mana setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir akan menerima sumbangan RM1,000


CUTI KECEMASAN BAGI KAKITANGAN AWAM

Dalam sidang media berkenaan, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Ismail Sabri Yakoob turut mengumumkan cuti kecemasan esok kepada kakitangan awam yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin. 

Selain itu, Dato' Sri Ismail Sabri Yakoob turut berharap tindakan sama akan dibuat oleh pihak swasta kepada para pekerja yang terlibat dalam bencana tersebut dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.


Dalam pada itu, difahamkan GLIC dan GLC juga akan bekerjasama dengan pihak kerajaan dengan menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang. 


MAKLUMAT TERKINI BANJIR

Orang awam digalakkan melayari laman Public Info Banjir untuk mengetahui maklumat terkini banjir. 


Klik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia di https://publicinfobanjir.water.gov.my/?lang=en

Post a Comment

0 Comments