Cara Memohon & Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000





Pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Pemberian bantuan ini adalah merupakan bantuan yang tertinggi berbanding RM1,800 yang telah diberikan melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun ini.

Berikut kami kongsikan lebih lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

JUMLAH BANTUAN BKM 2022

Melalui pembentangan Belanjawan 2022, jumlah bantuan yang akan diberikan adalah berdasarkan kepada empat kategori seperti yang berikut:

1. Isi Rumah: Pendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan
  • RM2,000 : Lebih 3 orang anak
  • RM1,500 : 1-2 orang anak
  • RM1,000 : Tiada anak

2. Isi Rumah: Pendapatan RM2,500 - RM5,000 sebulan
  • RM800 : Lebih 3 orang anak
  • RM600 : 1-2 orang anak
  • RM400 : Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300 : Warga emas
  • RM500 : Ibu / Bapa tunggal dengan tanggungan

3. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan: Pendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan
  • RM600

4. Bujang: Pendapatan 2,500 dan ke bawah sebulan
  • RM350



CARA MEMOHON

Untuk makluman anda, cara memohon BKM 2022 belum diperincikan lagi oleh pihak kerajaan dan dijangka akan diperhalusi pada tahun 2022. Seperti tahun ini, kebanyakan bantuan yang diberikan pihak kerajaan adalah berdasarkan kepada data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

TARIKH PEMBAYARAN

Tarikh pembayaran BKM 2022 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TEMPOH SEMAKAN & KEMASKINI STATUS BKM 2022

Untuk makluman, tempoh semakan status BKM belum lagi diumumkan oleh pihak LHDN dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Manakala bagi tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh mula dilakukan bermula pada tempoh berikut:
  • 01 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 Bulan) - tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan BKM 2022, sila layari laman web rasmi Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/








Post a Comment

0 Comments